Terma & Syarat

Terma & Syarat
Caj Penghantaran Kenderaan.
1. Percuma bagi kawasan Shah Alam Seksyen 1 – Seksyen 20 sahaja
2. Tiada caj dikenakan bagi pelanggan yang datang sendiri ambil kereta di Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam
3. Caj penghantaran akan dikenakan selain dari Seksyen 1 – Seksyen 20 mengikut jarak dari pejabat pengurusan

Syarat-Syarat & Perjanjian Penyewa Kenderaan.

1. Setiap pemandu wajib mempunyai Lesen Memandu Malaysia Kelas D yang sah.

2. Pemandu Dilarang Sama Sekali Daripada Melakukan Sebarang Kegiatan Jenayah atau melanggar Undang-Undang Kerajaan Malaysia. Laporan Polis akan dibuat jika ingkar.

3. Sebarang kerosakan atau kecacatan yang terdapat pada sebarang bahagian dalaman dan luaran kenderaan yang disewa semasa di dalam tempoh sewaan akan dikenakan Caj RM50.00(minimum) – RM2,500.00(maksimum) kepada penyewa. Syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada penyewa yang ingkar dan laporan Polis akan dibuat.

4. Penyewa tidak dibenarkan sama sekali Menukar atau Mengambil Sebarang Alat Ganti Kereta yang disewa. Laporan polis akan dibuat jika ingkar.

5. Sebarang Saman atau Kompaun Daripada Pihak Berkuasa adalah tanggungjawab pemandu sepanjang tempoh sewaaan berjalan.

6. Penghantaran kereta adalah percuma di sekitar Shah Alam Seksyen 1 – Shah Alam Seksyen 20 sahaja.

8. Penghantaran kereta dengan caj akan dikenakan selain dari Shah Alam Seksyen 1 – Shah Alam Seksyen 20 Mengikut Jarak Dari Lokasi syarikat.

9. Lain-lain terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh pihak syarikat Tanpa Sebarang Notis.

Dokumen Untuk Sewa Kereta.

Pelajar Ipta/Ipts

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen
3. Salinan Kad Pelajar
4. Salinan Kad Pengenalan Saksi(saudara atau kawan)

Bekerja

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen
3. Salinan ID Kerja atau Slip Gaji(terbaru)
4. Salinan Bil Elektrik atau Astro Kediaman(terbaru)
5. Salinan Kad Pengenalan Saksi(saudara atau kawan)